Saturday, May 25, 2013

Pertama. Pertama kali aku menaip perkataan.Setelah kesemua post-post lama saban tahun dahulu berjaya dibuang ke dalam kotak recycle bin yang aku sendiri wujudkan. Sepatah demi sepatah dengan minda dan kepala yang agak kosong pada waktu ini. :) Selamat datang. Hidup manusia ini aku boleh ibaratkan seperti satu getah. Getah ikat barang yang warna oren. Kau tarik getah kuat-kuat semampu yang boleh dan getah masih akan kembali pada lantunan yang sama, tanpa apa-apa perubahan drastik. Lihat, dengar ini. Aku selalu nampak manusia berusaha untuk mendapatkan yang terbaik,seperti yang dikatakan oleh akal pendek mereka, dan hati hitam mereka. Kejar kekayaan dunia, kejar kecantikkan sementara, kejar rumah besar, kereta besar, emas besar dan hatta semuanya benda-benda besar. Manusia juga selalu berada dalam keadaan getah yang ditarik kuat-kuat, dan dilepaskan, dan tiba-tiba kembali ke keadaan getah yang asalnya. Selalu berpusing dan ditarik dalam kitaran getah yang sama, dan akan berbalik pada saiz atau keadaan yang sama. Sama. Sama. Manusia, dengan akal kurniaan Allah Taala kadang kala tidak pandai menghargai setiap apa yang masih ada dalam genggaman tangan. Mata boleh melihat jauh ke hadapan untuk kejar sesuatu, sedangkan hati, mati dan tumpul. Mati kerana dalam kesibukkan mengejar, terabai semua yang dalam genggam tangan itu. Tumpul kerana walau setelah mana kau silap, kau tetap akan ulang dan ulang dan ulang sampai kau gian untuk biarkan diri kau lalui benda menyakitkan, yang sama.

No comments:

Post a Comment